Meyantuni Peniaga Warung Opah
July 31, 2023Profil Zaidy Abdul Talib
August 10, 202301 Ogos 2023 : Berikut adalah pencapaian Tuan Hj Zaidy Abdul Talib sepanjang menjadi Adun Dun Taman Templer sesi 2013 hingga 2018:
- Menjadikan Negeri Selangor sebagai pengeluar makanan tertinggi dan terbaik berasaskan pertanian di Malaysia dengan usaha kaedah pertanian persis
- Mewujudkan kebun komuniti Smart Selangor di seluruh Selangor melalui program pertanian bandar yang berbentuk smart agro atau smart farming
- Menubuhkan jawatankuasa pematau pelaksanaan Lebuhraya di Selangor yang bertanggungjawab memastikan projek lebuhraya di Selangor disiapkan mengikut jadual dan bajet yang telah ditetapkan
- Mempromosi industri pertanian sebagai solusi keterjaminan makanan dan membangunkan usahawan pertanian melalui 19 siri jelajah infratani di seluruh Selangor
- Merangka Pelan Induk Pembangunan Pertanian Selangor yang menjadi asas kepada kelestarian pendapatan petani di Selangor
- Melaksanakan Projek HORAS 600 yang memberi impak kepada hampir 7 Juta isi rumah di sekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
- Pembinaan jambatan ke-3 Bandar Klang sebagai laluan alternatif penting yang dijangka digunakan hampir 120,000 kenderaan sehari.
- Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 yang menghasilkan 100 juta liter air bagi penduduk Semenyih, Beranang dan sebahagian Hulu Langat. Serta Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang yang menghasilkan 200 juta liter air bagi penduduk Kuala Langat
- Inisiatif Kebajikan sebanyak RM 8.5 Juta kepada 8,953 Peswah di Selangor yang terjejas dengan penyakit Hawar Daun
- Skim Insurance Pesawah Percuma kepada 10,000 pesawah
- Penggantian Paip Air Baru sepanjang 422KM yang memberi manfaat kepada 4 Juta Penduduk Selangor
- Memperhebat penyertaan anak muda dalam sektor pertanian melalui program bantuan pertanian sebanyak 2 juta melalui skim Agro Generasi Muda Selangor (AgroGeMS)
- Membangun kemahiran generasi muda melalui bengkel , Kurus dan Seminar AgroGemS yang memfokuskan isu pertanian yang disertai 1000 anak muda.